Pages

Thursday, January 12, 2012

Penemuan Saintifik Disebalik Hukum Sebat Peminum Arak




Ahli sains Russia mendakwa hukuman rotan ke atas punggung tanpa berlapik adalah penawar untuk setiap penyakit daripada tekanan perasaan sehinggalah kepada membuang tabiat meminum arak. Akhbar Izvestia melaporkan, penyelidik di Novosibirsk menyatakan, hukuman rotan merembeskan endorfin, bahan kimia semula jadi badan membuatkan seseorang menjadi gembira.


Endorfin menjadi punca perasaan girang, mengurangkan selera, mengeluarkan hormon seks dan meningkatkan tindak balas kekebalan. Mereka berkata, kesakitan itu mempunyai kesan yang hampir sama dengan morfin dan candu tetapi ia tidak mendorong kepada ketagihan atau pergantungan.

Ahli sains itu yang diketuai pakar Biologi, Dr Sergei Speransky, mendakwa hukuman rotan seperti yang sering dilakukan di sekolah Britain pada kurun sebelum ini berjaya membantu orang ramai mengatasi ketagihan atau tekanan.

Beliau yang bertugas di Institut Perubatan Novosibirsk berkata, rawatan itu terbukti berkesan. Ia tidak kejam sekurang-kurangnya itu adalah anggapan masyarakat lalu, tetapi saya menyokong hukuman itu. ?

Ahli sains itu mencadangkan terapi sebanyak 30 sesi membabitkan 60 kali rotan, ke atas punggung seseorang berbadan sederhana. Dr Marina Chuhrova yang turut serta dalam menyediakan laporan itu menyatakan, beliau sudah pun mempunyai 10 pesakit yang menjalani terapi itu.

“Pada mula mereka membantah tetapi apabila menyedari kebaikan tindakan itu, mereka pula yang meminta ia lakukan,” katanya.

Pasukan perubatan Russia itu menyatakan mereka kini mengenakan caj untuk merotan pesakit dengan harga £57 (RM 342) , bagi sesuatu rawatan biasa.

Hukuman Sebatan Bagi Peminum Arak

Tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak telah pun wujud didalam hukum Islam sepertimana yang termaktub didalam hadith-hadith Nabi Muhammad saw yang cukup banyak, antaranya :

“Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka.” ( Riwayat Abu Daud)

“Nabi s.a.w telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali.” (Riwayat Muslim)

“Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampung dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan.” ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)

“Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai.” ( Riwayat Muslim )

Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah pun diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Nabi Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu. Ini menunjukkan bahawa Islam mendahului sains moden.


SBPA DITANGGUH - KSN




CYBERJAYA - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengesahkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu, ditangguhkan bagi membolehkan kajian semula yang lebih mendalam dijalankan.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut sambil berkata, maklumat lanjut akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelak.
"Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai perkara tersebut," katanya kepada media di sini hari ini.
Dalam pada itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengalu-alukan keputusan kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA bagi memastikan semua penjawat awam berpuas hati.
Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata, Cupeacs faham akan keprihatinan Perdana Menteri dalam menuntut hak sama rata bagi semua penjawat awam supaya tidak timbul ketidakseimbangan dalam kenaikan gaji.
“Cuepacs faham apa yang kerajaan cuba lakukan, dan itu resolusi terbaik supaya penjawat awam tidak merasa tersisih dalam menerima insentif dan saraan baru kerajaan itu,” katanya.
Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem SBPA, yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.
Sinar Harian Online difahamkan keputusan mengejutkan ini diputuskan dalam mesyuarat mingguan Kabinet, semalam.
Isnin lalu, kenyataan Kementerian Kewangan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari.
Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.
Menurut sumber, Kabinet mempertimbangkan tiga sebab utama dalam memutuskan penangguhan SBPA, yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia.
"Antaranya tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) dan peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi," kata sumber.

Wednesday, January 11, 2012

hambik,,... nak surprise sangat


Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahajasebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.

Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu denganmeninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka,Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku puntahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. 

Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh legarasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satudas lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalahmacam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprisedia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... 

PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terusmelopong... ALAMAK!!! 

Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos akudengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku punjawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.:



sumber:facebook

Tuesday, January 10, 2012

Apa kaitan WALL dan YAHUDI ??



Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya kamu akan mengikuti jejak langkah golongan sebelum kamu sedikit demi sedikit dan selangkah demi selangkah sehingga sekalipun mereka memasuki lubang dhab (sejenis binatang) kamu akan tetap mengikutinya." Maka kami pun bertanya, "Apakah yahudi dan nasrani yang engkau maksudkan wahai Rasulullah?" Maka baginda berkata, "Siapakah lagi kalau bukan mereka ?" (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 3456 dan Muslim no. 2669).

☑~ Sahabat, tahukah kamu apa makna ---> WALL <--- ?
Ia memberi makna DINDING.

☑~ Kenapa 'dinding'?
Jap, saya teruskan pertanyaan ok (◕ ‿◕).
...
☑~ Siapakah yang mewujudkan FB?
Mark Zuckerberg, seorang berbangsa YAHUDI.

☑~ Apa kaitan WALL dan YAHUDI???

>>> Kaitan mereka sangat ERAT & MESRA; DINDING RATAPAN. Di dinding itu mereka menangisi dosa² mereka, meluahkan harapan, ratapan & segala²nya.

❀ ܓ Oleh itu, saya & kamu jangan jadikan "WALL FB" ini sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikan ia sebagai tempat perkongsian apa sahaja ILMU yang memberi manfaat kepada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم walaupun hanya kepada seorang.
Sabda Rasullulah:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan)."
Hadis Riwayat Abu Daud



Peringatan dari bumi



Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:

  1. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
  2. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
  3. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).







"sesungguhnya mati itu pasti"







linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...