Pages

Thursday, October 4, 2012

hanya mengharap dunia..



“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan” (QS. Hud: 15-16).

Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma mengatakan, “Sesungguhnya orang yang riya’, mereka hanya ingin memperoleh balasan kebaikan yang telah mereka lakukan, namun mereka minta segera dibalas di dunia.”

Ibnu ‘Abbas juga mengatakan, “Barangsiapa yang melakukan amalan puasa, solat atau solat malam namun hanya ingin mengharapkan dunia, maka balasan dari Allah: “Allah akan memberikan baginya dunia yang dia cari-cari. Namun amalannya akan sia-sia (lenyap) di akhirat nanti kerana mereka hanya ingin mencari dunia. Di akhirat, mereka juga akan termasuk orang-orang yang rugi”

semoga kita tidak termasuk orang yang rugi..

ps : sebab tu lah biasanya kita doa kat last-last masa baca doa tu kan ada kita mintak  kebaikan di dunia dan juga kebaikan di akhirat. Kalau boleh kebaikan di dunia tu kita nak juga, contohnya macam diberikan kesihatan, umur yang panjang, anak-anak yang soleh .. tapi yang penting sekali kebaikan di akhirat tulah yang paling utama. 

Apa-apa pun, setiap perkara yang kita lakukan tak kiralah sama ada amal ibadah atau pekerjaan harian kita, yang penting NIAT kita adalah mengharap redha Allah SWT.. kalau Allah tak redha kat kita, apeee pun tak boleh .. teringat satu lagu dulu-dulu, lupa la pulak tajuk dia ..
" jika redhaMu Kau beri padaku, sekalipun seluruh dunia menghinaku, aku tak peduli " ,,..

Tuesday, October 2, 2012

Wednesday, September 12, 2012

Apa yang kamu tanam itulah yang akan kamu tuai



☼ Jangan menunggu BAHAGIA baru TERSENYUM, tapi TERSENYUMLAH, maka kamu akan BAHAGIA.

☼ Jangan menunggu KAYA baru BERSEDEKAH, tapi BERSEDEKAHLAH, maka kamu semakin KAYA.

☼ Jangan menunggu TERMOTIVASI baru BERGERAK, tapi BERGERAKLAH, maka kamu akan TERMOTIVASI.

☼ Jangan menunggu DIPEDULIKAN orang baru kamu PEDULI, tapi PEDULILAH dengan orang lain, Maka kamu akan DIPEDULIKAN.

☼ Jangan menunggu orang MEMAHAMI kamu baru kamu MEMAHAMI dia, taÞi FAHAMILAH orang itu, maka orang itu FAHAM dengan kamu.

☼ Jangan menunggu TERINSPIRASI baru MENULIS tapi MENULISLAH, maka INSPIRASI akan hadir dalam TULISANMU.

☼ Jangan menunggu PROJEK baru BEKERJA, tapi BEKERJALAH, maka PROJEK akan menunggumu.

☼ Jangan menunggu DICINTAI baru MENCINTAI, tapi belajarlah MENCINTAI, maka kamu akan DICINTAI.

☼ Jangan menunggu banyak WANG baru HIDUP TENANG, tapi HIDUPLAH dengan TENANG. Percayalah, bukan sekadar WANG yang datang tapi juga REZEKI yang lainnya.

☼ Jangan menunggu CONTOH baru BERGERAK MENGIKUTI, tapi BERGERAKLAH maka kamu akan menjadi CONTOH YANG DIIKUTI.

☼ Jangan menunggu BERJAYA baru BERSYUKUR, tapi BERSYUKURLAH, maka bertambah KEJAYAANMU.

☼ Jangan menunggu BISA baru MELAKUKAN, tapi LAKUKANLAH! Kamu pasti BISA.

♣ Apa yang kamu tanam itulah yang akan kamu tuai ♣

→ → → Dan memang dalam kehidupan ini menuntut berbagai PENGORBANAN yang kadang kala memaksa kita untuk MENANGIS dalam TANGISAN, tetapi akhirnya TERSENYUM kepuasan kerana hanya hati yang benar-benar ikhlas BERKORBAN akan merasakan kemanisan sebuah PENGORBANAN. ← ← ←

Monday, September 10, 2012

Nasihat KUBUR



1). Aku adalah tempat paling gelap .. maka terangilah aku dengan tahajud,


2). Aku adalah tempat yang paling sempit .. maka luaskanlah aku dengan bersilaturahim,


3). Aku adalah tempat yang paling sepi .. maka ramaikanlah aku dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran,


4). Aku adalah tempat binatang-binatang yang menjijikan .. maka racunilah ia dengan amal sedekah,


5). Aku adalah tempat Munkar &Nakir bertanya .. maka persiapkanlah jawapanmu dengan sentiasa mengucapkan kalimat "LAILAHAILLALLAH".


( بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم)

Sunday, September 9, 2012

RM 100 vs RM1


Korang semua pun tahu, wang RM 100 & RM1 sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Selepas dicetak, kedua-duanya kelihatan amat cantik, keras dan berbau wangi. Akhirnya mereka di bawa keluar dan berpisah juga dari Bank untuk diedarkan kepada masyarakat.

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian terjadilah perbualan di antara kedua-dua duit tersebut..


RM100 bertanya kepada RM1,

"Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?"

RM1 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang-orang bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis".

Lalu RM1 Bertanya balik kpd RM100,

"Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di Pavillion & juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet. Heh!"

Lalu RM1 bertanya lagi,

"Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?"

Dijawablah, "Hurm, tidak pernah. Kenapa?"

RM1 pun berkata lagi,

"Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu singgah di rumah ALLAH dan ditangan anak-anak yatim, bahkan aku selalu bersyukur kepada ALLAH.

Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya, menangislah RM100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai untuk memuliakan ALLAH.

Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan! Renungkan dan fikir-fikirkanlah.

- Artikel asal oleh Ustaz Nasir. Diolah semula olehOh! Islam.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...