Pages

Sunday, January 29, 2012

Adab duduk di dalam majlis




Al Mujaadalah (Perbantahan)


Surat Al Mujadalah ayat 11:
al mujadalah ayat 11Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, Maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, Maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.(Al Mujadalah 11)
Asbabun Nuzul (sebab turunnya) ayat 11 surat Al Mujadalah:
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa apabila ada orang yang baru datang ke majlis Rasulullah, para sahabat tidak mau memberikan tempat duduk di sisi Rasulullah. Maka turunlah ayat ini (58:11) sebagai perintah untuk memberikan tempat kepada orang yang  baru datang. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Qotadah)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa ayat 11 ini turun pada hari Jum’at, di saat pahlawan-pahlawan Badr datang ke tempat pertemuan yg penuh sesak. Orang-orang tidak memberi tempat kpd yg baru datang itu, sehingga terpaksa berdiri. Rasulullah menyuruh mereka berdiri, dan tamu-tamu itu (Pahlawan Badar) disuruh duduk di tempat mereka. Orang-orang yg disuruh pindah tempat itu merasa tersinggung perasaannya. Ayat ini (ayat 11) turun sbg perintah kpd kaum mu’minin untuk mentaati perintah Rasulullah dan memberikan kesempatan duduk kpd sesama mu’min.

Boleh juga di aplikasikan dalam pengangkutan awam seperti bas, lrt dan sebagainya. Berilah tempat kepada orang yang lebih memerlukan antaranya orang tua, ibu mengandung dan kanak2. Secara tidak langsung dapat mewujudkan sikap perihatin dalam diri dan menghakis rasa mementingkan diri sendiri.
Jangan buat-buat tidur ye ...

Saturday, January 28, 2012

Di bawah kaki saya terletak kotoran, di bawah tapak kaki ibu saya terletak syurga



Vaishnavi yang berusia dua tahun menyuap, ibunya, Sangeeta di Bhopal, India . Sangeeta adalah seorang buruh yang kehilangan kedua-dua belah tangan dalam kemalangan pembinaan.





- "Di bawah kaki saya terletak kotoran, di bawah tapak kaki ibu saya terletak syurga." "


Subhanallah, semua yang kita buat akan mendapat balasan

Subhanallah Allahuakbar..





sumber : aku islam

Tuesday, January 24, 2012

JANGAN.. JANGAN.. JANGAN..




- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

... - JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan mata liar di perjalanan.. nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.


ALLAH lebih tahu. Wallahualam...

sumber: fb Assalamualaikum w.b.t

Saturday, January 21, 2012

Adam Adli semasa kecil ..


'Api' dalam diri Adam Adli Abdul Halim sudah berputik sejak dari usia 12 tahun lagi, apabila dia berjaya meyakinkan kira-kira 40 rakannya untuk menyertainya memboikot persekolahan selama seminggu.

 
Aktivis pelajar berusia 22 tahun itu mengimbas kembali bagaimana Sekolah Kebangsaan Brickfields, tempat dia menamatkan pendidikan sekolah rendah, memaksa kanak-kanak menduduki peperiksaan akhir tahun selepas menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Selepas UPSR, pelajar Islam perlu menduduki peperiksaan Sekolah Agama... peperiksaan ini biasanya diadakan selepas UPSR.

"Selain itu, kita sepatutnya menduduki peperiksaan akhir. Jadi, saya bercakap dengan beberapa pelajar dan kami mengambil keputusan untuk tidak pergi ke sekolah selama seminggu," kata Adam dalam satu temubual dengan Malaysiakini.

Sambil ketawa, Adam berkata pihak guru mengadu kepada bapanya, yang ketika itu merupakan yang pertua persatuan ibu bapa dan guru sekolahnya

"Mereka memberitahunya apa yang saya telah buat, tetapi ayah saya hanya ketawa dan berkata kepada saya - pada usia ini, kamu telah buat sesuatu yang orang berusia 30 tahun pun, mungkin tak boleh buat."

Jadi, katanya, apabila dia digantung pengajian oleh pihak universiti baru-baru ini, ia dapat diterima oleh ibu bapanya.

Dan ketika itulah, dia sedar bahawa "ini adalah betul-betul... bukan hanya syok sendiri".

Pada 9 Januari lalu, Adam - pelajar semester kelima pengajian Ijazah Pendidikan dalam Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) - digantung pengajiannya selama 18 bulan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Jawatankuasa disiplin universiti itu menggantung pengajian Adam kerana dituduh menjejaskan nama baik institusi tersebut selepas mengambil bahagian dalam protes menuntut kebebasan akademik dan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada 17 Disember tahun lalu.
NONESemasa protes tersebut, ratusan pelajar berarak ke ibupejabat Umno
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di mana Adam telah menurunkan bendera yang memaparkan imej Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menggantikannya dengan kain rentang pro-pelajar selama kira-kira kurang daripada lima minit, sebelum menaikkan semula bendera tersebut.

Apa yang pada mulanya dilihat sebagai paparan rasa tidak puas hati itu, kemudiannya berubah menjadi isu nasional apabila Adam enggan memohon maaf atas tindakannya itu.

Adam mengaitkan api yang membara dalam dirinya itu dengan bapanya, yang sentiasa mengagumi pemimpin-pemimpin pelajar terdahulu, terutamanya mereka yang aktif semasa pra-kemerdekaan dan gerakan nasionalis.

Katanya, bapanya sering mencerita kepadanya dan adik beradiknya mengenai legasi dan sumbangan pemimpin berkenaan kepada masyarakat.

"... Ayah juga aktif, semasa zaman reformasi," katanya.

malaysiakini

Friday, January 20, 2012

Janji Allah.. 2012 .. Peringatan bagi mereka yang berfikir.





PENYELIDIKKAN DALAM SURAH AR-RAHMAN MENEMUKAN TARIKH 1433H (2012M) DAN RAKAMAN SESUATU YANG BAKAL BERLAKU.

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
MAKA NIKMAT TUHAN -MU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN.
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hub...ungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999.

Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.

Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.

Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.

Penemuan 2012 dalam al-Quran

Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;

13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77

dan jumlahnya

13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433


merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!

tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).

Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);


30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days

sumber: http://www.islamicfinder.org/H​ cal/hdate_year.php?year=1433&b​ase=h


Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).

Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.

Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.

Apakah Peristiwa Itu?

Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.

"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم


فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟

فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ


Jika kamu tidak mampu membuatnya, dan (pasti) tidak akan mampu, maka takutlah kamu akan api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang kafir.


"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:


بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ

فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ

Mereka itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat. Maka tidak akan di ringankan azabnya dan mereka tidak akan di tolong.


" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

Katakanlah, "Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidak akan beruntung."
 
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah Kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu, dari sisi Kami. (Surah Al-Kahfi ayat 65)
Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya. ( Surah An-Naziat, ayat 44).

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan nama Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya akan bertambah iman mereka, dan kepada Tuhan mereka bertawakkal. (Surah Al-Anfal ayat 2)
Wallahua'lam
~ AL-FARISI

sumber: http://www.facebook.com/#!/PendedahanKonspirasi

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...