Pages

Thursday, May 24, 2012

.. Gila ..



orang gila tu istimewa .. tido dalam longkang .. pakaian carik, kotor, busuk .. minum air kotor .. makanan dari dalam tong sampah .. tu yang dikatakan istimewa ..

.......kerana......

dia tu tak masuk neraka .. hebat tak dia .. kita belum tentu lagi ..

Nabi dah jamin .. tak ada dosa dan pahala di tulis .. mereka diberi kelepasan pada hari akhirat dan alam barzakh .. dalam kitab Tuhfah Ibnu Hajar .. bab jenazah/tanam menyatakan .. dan tiada sunat membaca talkin pada mayat yang gila .. kerana tiada bagi mereka itu fitnah kubur ..

Itulah adilnya Allah .. Allah susahkan hidup dia di dunia, Allah senangkan dia di sana ..

-UAI-

Monday, May 14, 2012

Thursday, May 10, 2012

Pasar Malam Sekitar Kuantan


nak share sikit lokasi pasar malam area kuantan ni .. bagi sapa-sapa yang memang suka mengabiskan waktu petangnya di pasar-pasar malam, ni ha lokasi yang memang sesuai untuk korang ..

ISNIN -
1) Taman LKNP, Bukit Setongkol
2) Jaya Gading
3) Beserah

SELASA -
1) Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing
2) Taman Tas

RABU -
1) Cenderawasih
2) Batu 11, Jalan Gambang
3) Balok

KHAMIS -
1) Inderapura, Jalan Kuantan-Pekan
2) Simpang empat Gambang

JUMAAT -
1) Indera Mahkota 1, Bandar Indera Mahkota
2) Jaya Gading (dalam)

SABTU -
1) Jalan Gambut, bandar Kuantan
2) Taman Bukit Rangin By Pass, Permatang Badak
3) Sungai Isap
4) Balok

AHAD
1) Taman Gelora
2) Simpang ke Bukit Goh, Jalan Sungai Lembing
3) Taman Seri Mahkota, Batu 12, Jalan Gambang

~yang tulisan bold tu yang aku selalu pegi.. 
~yang lain tu tak sure.. kalau salah tolong jolokkan ye..

Monday, April 16, 2012

‎"MAAFKAN CIKGU"



Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur .
Saya mengajar sesi petang.
Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah.

Kasut dan bajunya selalu kotor.
Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya,
tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.
Pada mulanya saya hanya memberi nasihat.
Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa.
Kali kedua saya memberi amaran,
dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.
Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.
Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan .
Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi.
Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya.
Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya.
Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah.
Keadaan rumahnya sangat daif.
Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah.
Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya.
Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya.
Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan.
Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.
Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain.
Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang.
Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya.
Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita-cerita begini sebenarnya boleh membantu melembutkan hati yang keras.
Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut;

1.Solat sunat
2.Puasa sunat
3.Berzikir
4.Bersedekah
5.Mengusap rambut anak yatim
6.Mendengar cerita2 kesusahan orang lain
7.Membantu orang susah

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...