Pages

Wednesday, September 12, 2012

Apa yang kamu tanam itulah yang akan kamu tuai



☼ Jangan menunggu BAHAGIA baru TERSENYUM, tapi TERSENYUMLAH, maka kamu akan BAHAGIA.

☼ Jangan menunggu KAYA baru BERSEDEKAH, tapi BERSEDEKAHLAH, maka kamu semakin KAYA.

☼ Jangan menunggu TERMOTIVASI baru BERGERAK, tapi BERGERAKLAH, maka kamu akan TERMOTIVASI.

☼ Jangan menunggu DIPEDULIKAN orang baru kamu PEDULI, tapi PEDULILAH dengan orang lain, Maka kamu akan DIPEDULIKAN.

☼ Jangan menunggu orang MEMAHAMI kamu baru kamu MEMAHAMI dia, taÞi FAHAMILAH orang itu, maka orang itu FAHAM dengan kamu.

☼ Jangan menunggu TERINSPIRASI baru MENULIS tapi MENULISLAH, maka INSPIRASI akan hadir dalam TULISANMU.

☼ Jangan menunggu PROJEK baru BEKERJA, tapi BEKERJALAH, maka PROJEK akan menunggumu.

☼ Jangan menunggu DICINTAI baru MENCINTAI, tapi belajarlah MENCINTAI, maka kamu akan DICINTAI.

☼ Jangan menunggu banyak WANG baru HIDUP TENANG, tapi HIDUPLAH dengan TENANG. Percayalah, bukan sekadar WANG yang datang tapi juga REZEKI yang lainnya.

☼ Jangan menunggu CONTOH baru BERGERAK MENGIKUTI, tapi BERGERAKLAH maka kamu akan menjadi CONTOH YANG DIIKUTI.

☼ Jangan menunggu BERJAYA baru BERSYUKUR, tapi BERSYUKURLAH, maka bertambah KEJAYAANMU.

☼ Jangan menunggu BISA baru MELAKUKAN, tapi LAKUKANLAH! Kamu pasti BISA.

♣ Apa yang kamu tanam itulah yang akan kamu tuai ♣

→ → → Dan memang dalam kehidupan ini menuntut berbagai PENGORBANAN yang kadang kala memaksa kita untuk MENANGIS dalam TANGISAN, tetapi akhirnya TERSENYUM kepuasan kerana hanya hati yang benar-benar ikhlas BERKORBAN akan merasakan kemanisan sebuah PENGORBANAN. ← ← ←

Monday, September 10, 2012

Nasihat KUBUR



1). Aku adalah tempat paling gelap .. maka terangilah aku dengan tahajud,


2). Aku adalah tempat yang paling sempit .. maka luaskanlah aku dengan bersilaturahim,


3). Aku adalah tempat yang paling sepi .. maka ramaikanlah aku dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran,


4). Aku adalah tempat binatang-binatang yang menjijikan .. maka racunilah ia dengan amal sedekah,


5). Aku adalah tempat Munkar &Nakir bertanya .. maka persiapkanlah jawapanmu dengan sentiasa mengucapkan kalimat "LAILAHAILLALLAH".


( بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم)

Sunday, September 9, 2012

RM 100 vs RM1


Korang semua pun tahu, wang RM 100 & RM1 sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Selepas dicetak, kedua-duanya kelihatan amat cantik, keras dan berbau wangi. Akhirnya mereka di bawa keluar dan berpisah juga dari Bank untuk diedarkan kepada masyarakat.

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian terjadilah perbualan di antara kedua-dua duit tersebut..


RM100 bertanya kepada RM1,

"Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?"

RM1 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang-orang bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis".

Lalu RM1 Bertanya balik kpd RM100,

"Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di Pavillion & juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet. Heh!"

Lalu RM1 bertanya lagi,

"Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?"

Dijawablah, "Hurm, tidak pernah. Kenapa?"

RM1 pun berkata lagi,

"Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu singgah di rumah ALLAH dan ditangan anak-anak yatim, bahkan aku selalu bersyukur kepada ALLAH.

Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya, menangislah RM100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai untuk memuliakan ALLAH.

Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan! Renungkan dan fikir-fikirkanlah.

- Artikel asal oleh Ustaz Nasir. Diolah semula olehOh! Islam.

Thursday, August 30, 2012

..itulah yang semoleknya.



Perkongsian pengalaman dari krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography mengenai Majlis Perkahwinan Ustaz Don & Husna :

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

p/s: bagusnya kalau semua pengantin macam ni kan .. dahulukan dulu agama baru adat .. bukan mengikut adat melulu je .. kadang2 ada jugak yg tak tahu sesetengah adat tu bertentangan dengan agama .. tapi bila dah tau tu, ehh org tua pulak tak setuju .. macam ni pun susah jugak .. nak melawan kang, orang tua .. teringat pulak kat ceramah ustaz azhar .. tengok la sendiri kat sini ..

Saturday, August 25, 2012

nak cari buluhhh .. nak cari buluhhh ..


Assalamualalikum wbt,,..

hari ni tak keje .. bukan sebab hari ni hari sabtu, tapi sebab semalam dah keje sampai pukul 1 pagi .. pasai apa jangan tanya .. dah kehendak perkhidmatan .. 

so .. hari ni dimanfaakan dengan pencarian buluh lemang untuk memenuhi hasrat hati seorang kawan nak sangat belajar buat lemang ..

pagi tadi lepas je bangun tido dalam pukul 12 lebih pencarian bermula .. mula-mula prepare barang dulu .. cari la kot-kot ada parang ke gergaji ke dalam stor .. tapi hampa .. last-last cari kat kedai jugak ..nasib baik hardware bukak .. manalah tau diorang cuti raya lagi ke .. *cina pun ambik cuti raya ke.. haha.. lantaklah ..*

lepas semua dah siap, terus tuju ke sungai emas dimana pencarian bermula .. banyak rupanya buluh yang elok-elok kat sana .. tak sia-sia la walaupun jauh, janji dapat apa yang di hajati .. yang menariknya kali ni lemangnya tak guna daun pisang tapi guna daun lerek *ntah la betul ke dok nama dia* tapi ramai dah orang yang jual kat tepi jalan tu pun guna daun tu .. haa daun tu pun ada sekali kat sana .. memang senang ..

semua bahan-bahan basic dah ada .. esok tinggal nak bakar je .. tapi esok keje sebenarnya .. takpelah curi-curi masa *jangan tiru aksi ini* .. tengok la esok jadi ke dok .. hehehe ..

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...