Pages

Tuesday, March 12, 2013

(MOTIVASI) - Kisah Bersama Atuk


Alkisah bersama atuk…

Seorang budak kecil telah pergi berjumpa dengan atuknya dan memberitahu:

“Atuk. Him akan menjadi seorang yang berjaya apabila dewasa nanti. Boleh atuk bagi tips bagaimana nak ke sana?”

Atuk Nik Aziz memegang tangan cucunya Ibrahim tanpa berkata apa-apa dan membawanya menaiki motor untuk membeli 2 pohon pokok kecil.

Sebaliknya di rumah, atuk mengarahkan cucunya untuk menanamkan satu pokok di dalam pasu dan membawanya ke dalam rumah dan satu pokok di kebun belakang rumah.

“Him jaga pokok dalam pasu ini baik-baik. Siram tiap-tiap hari dan baja tiap-tiap minggu. Yang pokok di luar, siram air sekali sekala dah cukup,” pesan atuk.

Setelah seminggu, atuk Nik Aziz bertanya kepada cucunya:

“Him, rasa pokok mana yang akan lebih berjaya pertumbuhannya di masa depan?” tanya atuk.

Ibrahim berfikir sejenak sebelum menjawab: “Pokok dalam rumah atuk. Sebab Him jaga dengan baik. Ia dilindungi dan selamat. Yang luar itu tak ada orang jaga.”

Atuk Nik Aziz cuma bersenyum.

Kemudian untuk beberapa tahun, Ibrahim kembali ke kampung menjenguk atuknya.

“Atuk, Him nak keluar negara belajar. Atuk sehingga sekarang tak pernah jawab soalan Him bagaimana Him boleh jadi seorang yang berjaya,” tanya cucu.

Atuk Nik Aziz membawa cucunya untuk melihat pokok di dalam rumah dan pokok yang ditanam di belakang kebun ketikanya masih kecil.

“Masih ingat dua pokok ini? Siapa lebih besar?” tanya atuk.

“Yang di luar. Tapi ini tak masuk akal, kerana di luar cabaran lebih mencabar untuk pokok berbanding yang di dalam,” kata cucunya.

“Ya, risiko menghadapi ujian yang direka Allah di dunia ini adalah berbaloi. Akar pokok di luar mempunyai kebebasan untuk mencari air sehingga ke teras bumi manakala daun boleh tumbuh mencapai langit. Him, kena ingat teori ini dalam segala apa yang Him lakukan. Jika Him memilih jalan tanpa risiko dan cabaran, Him tidak akan tumbuh seperti pokok dalam pasu.

Jika Him berani menghadapi cabaran dengan hati tenang dan yakin bahawa Allah bersama Him, Him akan membesar seperti pokok di luar. Usah takut pada cabaran, Allah membuatnya untuk memberi pemahaman dan untuk manusia mencapai potensi yang tidak diketahui mereka,” terang atuk.

Ibrahim mendengar dengan khusyuk dan mengetahui bahawa apa yang diterangkan atuknya adalah benar.

Begitu juga dengan kita yang membaca. Jika kita memilih jalan yang selalu selamat, tanpa perlu sebarang perjuangan dan kesusahan, kita tidak akan dapat mencapai potensi kita sebenar dan berjaya dalam apa yang kita lakukan.

Jadi, apakah kita? Pokok di luar atau pokok di dalam pasu?

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...