Pages

Monday, March 12, 2012

.::Pujaan Hati::.


feel dengar lagu ni malam-malam cenggini,,..


enjoooyyyy.....................


Sunday, March 11, 2012

Irma Hasmie Bertunang





Pelakon Irma Hasmie bakal bertunang pada penghujung bulan ini..? ..InsyaAllah.

Khabarnya majlis pertunangan itu, bakal diadakan di kediamaan keluarga Irma Hasmie di Sungai Buloh, Selangor. Malah dengarnya hatinya terpaut kepada bakal tunangannya itu setelah sama-sama mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah tidak lama dulu. Semoga majlis pertunangan tersebut berjalan dengan lancar dan selamat hendaknya. Amin,,..

Thursday, March 8, 2012

..NAIK GAJI,,..




seperti kata tajuk .. yeyyy gaji naik .. yeyy .. tersenyum lebar kakitangan awam hari ni kan .. sekali ngan aku la tu .. seperti yang dah diumumkan PM pagi tadi, ramai yang agaknya dah mengira berapalah gaji naik ni ye .. 13% banyak tu .. walau macamanapun benda tak dapat lagi takyah nak gembira sangat .. jap lagi tetiba PM kata, 'opss silap, bukan 13%.. 3% je ye semua' korang jugak yang makan hati ulam raja .. pastu mula lah.. kerja pun tak semangat .. tunggu jelah .. kalau ada ALHAMDULILLAH ..


dan yang paling penting korang kena bersiap sedia dengan harga barang dalam pasaran.. silap-silap dah naik apa hari ni .. haishh .. nanti pegi kedai jangan buat-buat terkejut pulak. 'eh aney.. ko ni nak pegi india balik hari ye ..' dan jawapan yang korang dah boleh agak.. 'gaji naik, barang naik chaaa..'


bawah ni rumusan apa yang di umumkan PM pagi tadi ..

Pelarasan Gaji 
§  gred 1-54 iaitu melibatkan pelaksana & P&P (kenaikan 13%)
§  gred Jusa A,B,C (Kenaikan 9%)
§  gred Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%)
§  gred Turus 1 & juga Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)

Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)
§  KGT gred 1-54 (Rm80-Rm320)
§  KGT gred Jusa (kekal seperti di SSM)

Elaun Cola
§  Kawasan B ( naik dari RM200 ke RM250 sebulan)
§  Kawasan C (naik dari RM100 ke RM150 sebulan)


aku gred brapa ntah ,,..

Monday, March 5, 2012

Kemalangan Bas Genting Highlands



Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di kawasan bahu jalan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini ketika dalam perjalanan menuju ke ibu negara dari Genting Highlands pada Isnin.

Bas pelancong berkenaan, yang membawa 22 penumpang warga India, pemandu dan kelindan, dikatakan terbabas ketika menuruni kawasan bukit dan memasuki selekoh tajam dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi.

"Akibat selekoh tajam serta menuruni bukit, bas berkenaan hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan menyebabkan dua warga India maut iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, manakala 20 lagi cedera," kata jurucakap Polis Daerah Bentong kepada Bernama.

Identiti dua mangsa yang maut itu masih belum dikenal pasti.

Jurucakap itu berkata kesemua mangsa, termasuk dua mangsa yang terkorban, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.


Katanya pemandu bas dan kelindannya kini ditahan polis untuk diambil keterangan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Bentong pula berkata kesemua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan daripada bas berkenaan kira-kira 9.20 pagi.

Seramai 50 anggota melibatkan lima jentera dari balai bomba Bentong, Selayang, Kuala Kubu Bharu, Genting Highlands dan Wangsa Maju terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa, katanya.

Thursday, March 1, 2012

DOA AGAR DIBERI JODOH TERBAIK


Bismillahirrohmannirrohim.....

Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku telah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya tuk menujuku ,Pertemukanlah kami dlm sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju Ridha-Mu..
Kerana Engkaulah yang berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yang kuasa membolak balikannya..

Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dlm ikatan kerana-Mu ,

tautkan hatiku dgn hatinya yg sama2 mengharap&mendamba sebuah keinginan menuju ridha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb...Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dg Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,

Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,
Temani dia dalam kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..

Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dpt membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama2 berjamaah untuk tetap Menuju-Mu..
bimbinglah hati kami ,Kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..

Aamiin ya Rabb...

( Untuk sahabat yg sedang menanti CINTA SEJATI kerana ALLAH..Moga ALLAH memberi yang TERBAIK dalam Pandangan & Pilihan-Nya...mengabulkan doaku,doamu dan doa kita semua.....Aamiin )



facebook

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...