Pages

Thursday, August 29, 2013

Kata-Kata Usman Ibn Affan r.a



1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

-Usman Ibn Affan r.a.-

Tuesday, March 12, 2013

(MOTIVASI) - Kisah Bersama Atuk


Alkisah bersama atuk…

Seorang budak kecil telah pergi berjumpa dengan atuknya dan memberitahu:

“Atuk. Him akan menjadi seorang yang berjaya apabila dewasa nanti. Boleh atuk bagi tips bagaimana nak ke sana?”

Atuk Nik Aziz memegang tangan cucunya Ibrahim tanpa berkata apa-apa dan membawanya menaiki motor untuk membeli 2 pohon pokok kecil.

Sebaliknya di rumah, atuk mengarahkan cucunya untuk menanamkan satu pokok di dalam pasu dan membawanya ke dalam rumah dan satu pokok di kebun belakang rumah.

“Him jaga pokok dalam pasu ini baik-baik. Siram tiap-tiap hari dan baja tiap-tiap minggu. Yang pokok di luar, siram air sekali sekala dah cukup,” pesan atuk.

Setelah seminggu, atuk Nik Aziz bertanya kepada cucunya:

“Him, rasa pokok mana yang akan lebih berjaya pertumbuhannya di masa depan?” tanya atuk.

Ibrahim berfikir sejenak sebelum menjawab: “Pokok dalam rumah atuk. Sebab Him jaga dengan baik. Ia dilindungi dan selamat. Yang luar itu tak ada orang jaga.”

Atuk Nik Aziz cuma bersenyum.

Kemudian untuk beberapa tahun, Ibrahim kembali ke kampung menjenguk atuknya.

“Atuk, Him nak keluar negara belajar. Atuk sehingga sekarang tak pernah jawab soalan Him bagaimana Him boleh jadi seorang yang berjaya,” tanya cucu.

Atuk Nik Aziz membawa cucunya untuk melihat pokok di dalam rumah dan pokok yang ditanam di belakang kebun ketikanya masih kecil.

“Masih ingat dua pokok ini? Siapa lebih besar?” tanya atuk.

“Yang di luar. Tapi ini tak masuk akal, kerana di luar cabaran lebih mencabar untuk pokok berbanding yang di dalam,” kata cucunya.

“Ya, risiko menghadapi ujian yang direka Allah di dunia ini adalah berbaloi. Akar pokok di luar mempunyai kebebasan untuk mencari air sehingga ke teras bumi manakala daun boleh tumbuh mencapai langit. Him, kena ingat teori ini dalam segala apa yang Him lakukan. Jika Him memilih jalan tanpa risiko dan cabaran, Him tidak akan tumbuh seperti pokok dalam pasu.

Jika Him berani menghadapi cabaran dengan hati tenang dan yakin bahawa Allah bersama Him, Him akan membesar seperti pokok di luar. Usah takut pada cabaran, Allah membuatnya untuk memberi pemahaman dan untuk manusia mencapai potensi yang tidak diketahui mereka,” terang atuk.

Ibrahim mendengar dengan khusyuk dan mengetahui bahawa apa yang diterangkan atuknya adalah benar.

Begitu juga dengan kita yang membaca. Jika kita memilih jalan yang selalu selamat, tanpa perlu sebarang perjuangan dan kesusahan, kita tidak akan dapat mencapai potensi kita sebenar dan berjaya dalam apa yang kita lakukan.

Jadi, apakah kita? Pokok di luar atau pokok di dalam pasu?

Wednesday, February 6, 2013

"KEINGINAN SETIAP WANITA"


by ukhty delima

Sejujurnya..

Aku bukanlah seorang wanita sempurna.
Kerana terlalu banyak kekurangan-kekurangan yang ada dalam diriku.

Aku tidak mungkin menandingi kemuliaan Siti Khadijah.
Kerana aku terkadang masih suka menghinakan diriku.

Tidak juga bakal mendekati ketakwaan Siti Aisyah.
Kerana aku masih sering suka meninggalkan kewajipan-kewajipanku.

Dan tidak mungkin menyamai dengan ketabahan Siti Fatimah.
Kerana masih sering aku mengeluh jika keadaanku tak sesuai dengan keinginanku.

Aku sedar..

Aku hanyalah seorang wanita akhir zaman.
Yang masih terdedah pada godaan-godaan syaitan yang menyesatkan.
Yang masih terlalu mudah terbawa arus kemaksiatan.
Tak terkecuali dalam pergaulan.

Tapi aku yakinkan diriku.
Aku tak akan menyerah begitu saja.
Untuk selalu berusaha memperbaiki diri menjadi lebih baik.
Menjadi peribadi yang selalu bisa menjaga diri.
Menjadi peribadi yang selalu bisa menjaga kehormatan diri.

Aku yakin..
Dengan keikhlasan diri.
Dengan tekad dan kesungguhan niat di dalam hati.
Aku akan mampu meraih cita-citaku.
Sebuah cita-cita setiap wanita.

Yaitu ingin menjadi seorang WANITA SOLEHAH di akhir zaman.
Agar kelak aku bisa menjadi Bidadari Syurga yang akan dimuliakan-Nya.

In Syaa Allah..

Sunday, February 3, 2013

PESANAN BUAT ISTERI



1. jaga solat pada awal waktu

kalau datang haid sekalipon jika tidak dapat solat, kene duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. hidupkan bacaan hadis nabi saw di rumah dengan keluarga

dianjur baca hadis fadhilat amal. ini amalan sahabiah zaman nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak anak yang soleh dan sentiasa mendoakan kesejahteraaan kedua ibu bapa dunia mahupon akhirat.

3. baca al-quran setiap hari

baca al quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat . kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium al-quran dan muhasabah "ya allah, apa dosa saya hingga tak dapat nak baca kitab mu pada hari ini" .

4.mendidik anak secara islam

mengajar anak anak kecil bermula dengan doa doa masnun. Iaitu doa seharian nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya .

5.hidup sederhana dengan tidak membebani suami

setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada allah swt atas wanita tersebut

6. galak suami bermujahadah atas agama allah

seorang isteri yang menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di masjid ataupun surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.


Hijau Nan Indah

Sunday, December 2, 2012

PETUA IMAM SYAFIE



Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...