Pages

Wednesday, February 29, 2012

Rabu Bisu .. Sujudlah Menyembah Membesarkan Tuhanmu




Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amatlah sedikit kamu bersyukur.
(QS Al A'raaf:10) 

Tuesday, February 28, 2012

Wasiat Rasulullah kepada Saidina Ali


Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, "Rasulullah saw berwasiat kepadaku dengan sabda Baginda":

"Ya Ali! Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan. Tidak ada harta yang lebih berharga daripada aqal. Tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub (rasa kagum pada diri sendiri). Tidak ada kekuatan yang lebih hebat daripada musyawarah. Tidak ada wara' yang lebih baik daripada menahan diri. Tidak ada keindahan selain akhlak dan tidak ada ibadah yang melebihi tafakur."

"Ya Ali! Segala sesuatu itu ada penyakitnya. Penyakit berkata-kata adalah bohong. Penyakit ilmu adalah lupa. Penyakit ibadah adalah riak. Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri. Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian. Penyakit bangsawan adalah merasa bangga. Penyakit malu adalah lemah. Penyakit mulia adalah menonjolkan diri. Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan, dan penyakit agama adalah hawa nafsu."

Sunday, February 26, 2012

LIRIK LAGU - LAU KANA BAINANA (MALAY)





LIRIK LAGU - LAU KANA BAINANA

Lirik dalam Bahasa Arab dan Melayu

Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب

Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب

Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين

Englsih Subtitle

If the beloved (saw) were among us
Those from far & near will come to him (saw)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (saw)

In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (saw) will not cease to exist
Oh Ya Allah who answers prayer, please fulfill our hope to meet him (saw)

I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (saw) Muhammad saw honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (saw)

Ahlus-Sunnah Waljamaah


Terdapat empat mazhab yang paling banyak diikuti oleh Muslim Sunni. Di dalam keyakinan sunni empat mazhab yang mereka miliki layak untuk diikuti. Perbezaan yang ada pada setiap mazhab tidak bersifat fundamental. Perbezaan mazhab bukan pada hal Aqidah (pokok keimanan) tapi lebih pada tata cara ibadah. Para Imam mengatakan bahawa mereka hanya berijtihad dalam hal yang memang tidak ada keterangan tegas dan jelas dalam Al-quran atau untuk menentukan bila suatu hadis boleh diamalkan dan bagaimana hubungannya dengan hadis-hadis lain dalam tema yang sama. Mengikuti hasil ijtihad tanpa mengetahui dasarnya adalah terlarang dalam hal akidah, tetapi dalam tata cara ibadah masih dibolehkan, kerana rujukan kita adalah Rasulullah saw, dan beliau memang tidak pernah memerintahkan untuk beribadah dengan terlebih dahulu mencari dalil-dalilnya secara langsung, kerana jika hal itu wajib bagi setiap muslim maka tidak cukup waktu sekaligus bererti agama itu tidak lagi bersifat mudah.

Hanafi

Didirikan oleh Imam Abu Hanifah, Mazhab Hanafi adalah yang paling dominan di dunia Islam (sekitar 45%), penganutnya banyak terdapat di Asia Selatan (Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka, dan Maldives), Mesir bagian Utara, separuh Irak, Syria, Lubnan dan Palestin (campuran Syafi'e dan Hanafi), Kaukasia (Chechnya, Dagestan).

Maliki

Didirikan oleh Imam Malik, diikuti oleh sekitar 20% muslim di seluruh dunia. Mazhab ini dominan di negara-negara Afrika Barat dan Utara. Mazhab ini memiliki keunikan dengan menyandarkan tatacara hidup penduduk madinah sebagai sumber hukum kerana Nabi Muhammad hijrah, hidup dan meninggal di sana dan kadang-kadang kedudukannya dianggap lebih tinggi dari hadis.

Syafi'e

Dinisbatkan kepada Imam Syafi'e memiliki penganut sekitar 28% muslim di dunia. Pengikutnya tersebar di Turki, Irak, Syria, Iran, Mesir, Somalia, Yaman, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Sri Lanka dan menjadi mazhab rasmi negara Malaysia dan Brunei.

Hambali

Dimulai oleh para murid Imam Ahmad bin Hambal. Mazhab ini diikuti oleh sekitar 5% muslim di dunia dan dominan di daerah semenanjung Arab. Mazhab ini merupakan mazhab yang ketika ini dianuti di Arab Saudi.

Ahlus Sunnah adalah orang-orang yang mengikuti sunnah dan berpegang teguh dengannya dalam seluruh perkara yang Rasulullah berada di atasnya dan juga para sahabatnya. Oleh kerana itu Ahlus Sunnah yang sebenarnya adalah para sahabat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam dan orang-orang yang mengikuti mereka sampai hari kiamat.

Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah atau Ahlus-Sunnah wal Jama'ah (Bahasa Arab: أهل السنة والجماعة) atau lebih sering disingkat Ahlul-Sunnah (bahasa Arab: أهل السنة) atau Sunni adalah mereka yang senantiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al Qur'an dan hadis yang shahih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in. Sekitar 90% umat Muslim sedunia merupakan kaum Sunni, dan 10% menganut aliran Syi'ah.

Saturday, February 25, 2012

Perancangan Allah adalah lebih baik



Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, aku terima kaktus berduri…
Aku minta pada Allah binatang yang comel dan cantik, aku terima ulat bulu…
Aku sedih, protes, kecewa, betapa tidak adilnya ini…


Namun kemudian…


Kaktus itu berbunga sangat cantik,
Ulat itu membesar dan berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik.


Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan petir, puas kita menangis mencari dimanakah matahari?? Ternyata Allah ingin hadiahkan kita pelangi.


Itulah jalan Allah, indah pada waktunya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Jika kita meminta ikan paus, Allah kasi samudera dengan ombak yang besar.  Kalau kita minta kekayaan, Allah beri kemiskinan yang tegar agar kita boleh kaya hasil usaha sendiri. Kalau kita minta kejayaan, Allah beri kita ujian supaya kita berjaya bangkit darinya.


Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka,,.. tetapi mana tahu Allah telah memberi sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita. Yakin sahaja kepada Allah.. dan berusaha.. jangan hanya berdoa sahaja. Yakin kepada Allah kerana setiap masalah Insya Allah dapat diselesaikan jika kita berusaha. Dan syukurilah apa yang kita punya. Jangan menunggu bahagia baru bersyukur, tapi bersyukurlah, maka kita akan bahagia.

Thursday, February 23, 2012

Kejujuran Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani



 Sheikh Abdul Qadir Jilani pergi ke kota Baghdad dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Dia mengikuti satu kafilah yang akan menuju ke Baghdad dari rumahnya. Sebelum bertolak, ibunya Ummul Khair Fatimahmemberi sedikit wang sebagai belanja pergi dan balik serta sedikit bekalan makanan. Ibunya menyembunyikan wang itu pada bahagian lengan baju anaknya dan dijahitnya supaya tidak diketahui orang.

Setelah siap, ibunya pun berpesan kepada Sheikh Abdul Qadir, “Hai anakku, dengarlah baik-baik pesan ibu ini. Bila kau dalam perjalanan dan berada di negeri orang, engkau hendaklah sentiasa bercakap dan berlaku benar. Ketahuilah bahawa orang Islam tidak boleh berdusta. Hendaklah kau ingat hai anakku akan sabda Rasul bahawa amanah itu kejayaan. Berlaku benarlah baik dalam tutur kata mahupun dalam perbuatan supaya engkau beroleh selamat dan dilindungi oleh Allah s.w.t.”

Ketika dalam perjalanan mengikuti kafilah yang pergi ke Baghdad itu, tiba-tiba mereka diserang oleh satu angkatan penyamun. Segala barang yang dibawa oleh kafilah tersebut, termasuk barang kepunyaannya turut habis dirompak.
 

Kemudian, seorang penyamun bertanya kepada Sheikh Abdul Qadir, “Hai budak! Apa lagi yang ada pada engkau. Cakaplah benar kepadaku!” bentak penyamun itu dengan suara yang keras.

“Ya ada! Aku ada 40 ashrafis” ujar Sheikh Abdul Qadir dengan tegas dan bersahaja.
Penyamun itu terkejut mendengarkan kata-kata tersebut kerana menyangka budak itu mahu mempersendakannya. Pada fikirannya tidak mungkin seorang budak boleh memberitahu kepada seseorang penyamun bahawa dia masih punya wang.

“Apakah engkau mahu memperolok-oloklan aku?” tanya perompak itu lagi dengan penuh hairan.

“Tidak! Sungguh tuan, saya tidak berkata dusta,” sahut Sheikh Abdul Qadir.

“Tuan, tidakkah tuan tahu bahawa orang yang sedang menuntut atau mengejar ilmu itu seperti sedang berjalan menuju ke syurga kerana sentiasa disertai oleh malaikat yang sedia menolongnya. Saya bercita-cita menjadi seorang yang beriman lagi berilmu. Saya adalah keturunan Rasulullah s.a.w dan saya benci sekali bercakap bohong. Apalah ertinya wang 40 ashrafis pada saya ini, hingga saya terpaksa berbohong? Seorang Islam yang sejati tidak akan sesekali berbohong sekalipun dalam bahaya dan kesulitan!” sambung Sheikh Abdul Qadir dengan penuh semangat.

Kali ini penyamun itu merasa semakin terkejut mendengar kata-kata itu. Dia merasa hairan memikirkan sikap budak itu yang secara berani dan tegas memperkatakan yang benar tanpa berganjak sedikitpun. Dengan perasaan bingung penyamun itu pun membawa Sheikh Abdul Qadir berjumpa ketuanya.

“Siapa nama engkau dan dari mana engkau datang?” tanya ketua penyamun.
 

Sheikh Abdul Qadir menjawab dengan berani “Nama saya Abdul Qadir dan saya datang dari Jilan”

“Kemana engkau hendak pergi?”

“Baghdad,” jawabnya ringkas.

“Untuk tujuan apa kau kesana?”

“Saya hendak menuntut ilmu.”

“Bagus! Bagus! Engkau tentu bawa wang bukan?” tanya ketua penyamun.

“Benar! Saya mempunyai 40 ashrafis,” sekali lagi Sheikh Abdul Qadir menjawab dengan penuh jujur.

Setelah mendengar pengakuan Sheikh Abdul Qadir itu, ketua penyamun terkejut lantas berkata lagi “Apa benarkah apa yang engkau katakan hai budak atau engkau sengaja hendak memperolok-olokkan aku?”
 

Maka sambung Sheikh Abdul Qadir “Benar tuan! Saya tidak suka dan tidak pernah bercakap bohong kerana saya seorang Islam. Inilah ajaran ibu saya semenjak saya pandai bercakap lagi. Apalah erti wang 40 ashrafis bagi saya ini hingga saya terpaksa berbohong. Dan apalah gunanya saya hendak bersusah payah mencari ilmu di tempat yang jauh kalau untuk menjadi seorang pembohong! Akan sia-sialah segala amal dan ibadat saya dan akan sia-sialah asuhan dan didikan ibu saya!”

Dengan kuasa Allah s.w.t., ketua penyamun itu menjadi terpaku sebentar tatkala mendengarkan kata-kata Sheikh Abdul Qadir yang penuh keimanan dan hikmah itu lantas menjadi malu dan insaf. Akhirnya dengan bercucuran air mata kesedihan dan keinsafan, ketua perompak itu memohon maaf dari Sheikh Abdul Qadir lalu bertaubat dari melakukan kerja yang mungkar lagi hina itu.


Ahli Sufi & Raja Wali Allah : Sulthanil Awliya ’ Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani



 Keteguhan Jiwa Sang Sufi

Martabat Wali

Urutan dari kumpulan para Wali :
1)Wali Abdal
2)Wali Albab
3)Wali Ahbab
4)Wali Anjab
5)Wali Kutub
6)Quthbul Akhtab
7)Sultanil A'uliyah (Raja Segala Wali)

Abd al-Qadir al-Jilani ibn Salih ibn Jangidost, adalah sheikh pendakwah sufi mazhab Hanbali keturunan Parsi dan pemimpin mazhab Sufi Qadiri. Dia dilahirkan pada 1 Ramadan pada 470 H., 1078 M., di daerah Gilan, Parsi (Iran) selatan Laut Caspian. Oleh kerana bahasa Parsi tidak memiliki "G" dalam tulisan Arab, namanya juga direkodkan sebagai Kilani dan Jilani dalam manuskrip Arab.

Gilani tergolong dalam rangkaian kerohanian Junayd Baghdadi. Sumbangannya kepada pemikiran Dunia Muslim memberikannya gelaran Muhiyuddin (harafiah. "Pembangkit semula keyakinan")kerana dia bersama muridnya dan rakan sejawat meletakkan batu asas bagi masyarakat yang kemudiannya menghasilkan ulama seperti Nuruddin Zengi dan Salahuddin al-Ayyubi. Golongan Sufi yang dinamakan sempena namanya dipercayai yang tertua dan yang terawal dikalangan golongan sedemikian.

Buta, Pekak, Bisu, Lumpuh



Pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang amat soleh dan warak.Dia juga terkenal sebagai seorang yang sangat jujur dalam percakapan mahupun perbuatannya.Dia tinggal di sebuah kota kecil di negeri Parsi.Menurut riwayat Abu Salih Jangi Dost adalah keturunan Saiyidina Hasan bin Ali r.a iaitu cucu kepada Nabi Muhammad S.A.W.Abu Salih adalah seorang pemuda Islam yang kuat beribadat, ilmu pengetahuannya amat luas dia tidak tertarik langsung kepada kesenangan “dunia”.Setiap hari dia suka duduk di tepi sungai sambil memikirkan kebesaran Allah S.W.T.

Monday, February 20, 2012

Feelings Island




Once upon a time there was an island where all the feelings lived; Happiness, Sadness, Knowledge, and all the others....including Love. One day it was announced to all of the feelings that the island was going to sink to the bottom of the ocean. So all the feelings prepared their boats to leave. Love was the only one that stayed. She wanted to preserve the island until the last possible moment. When the island was almost totally under, Love decided it was time to leave. She began looking for someone to ask for help. Just then Richness was passing by in a grand boat. Love asked, "Richness, Can I come with you on your boat?" Richness answered, "I'm sorry, but there is a lot of silver and gold on my boat and there would be no room for you." Then Love decided to ask Vanity for help who was passing in a beautiful vessel. Love cried out, "Vanity, help me please." I can't help you", Vanity said, "You are all wet and will damage my beautiful boat." Next, Love saw Sadness passing by. Love said, "Sadness, please let me go with you." Sadness answered, "Love, I'm sorry, but, I just need to be alone now." Then, Love saw Happiness. Love cried out, "Happiness, please take me with you." But Happiness was so overjoyed that he didn't hear Love calling to him. Love began to cry. Then, she heard a voice say, "Come Love, I will take you with me." It was an elder. Love felt so blessed and overjoyed that she forgot to ask the elder his name. When they arrived on land the elder went on his way. Love realized how much she owed the elder. Love then found Knowledge and asked, "Who was it that helped me?" "It was Time", Knowledge answered. "But why did Time help me when no one else would?", Love asked. Knowledge smiled and with deep wisdom and sincerity, answered, "Because only Time is capable of understanding how great Love is."

Friday, February 17, 2012

Harapan Seorang Ikhwan kepada Rusuk kirinya



Ya Allah.. Engkaulah sebaik-baik tempat mengadu segala resah diri ,sebaik-baik tempat berkeluh kesah.. Maka izinkanlah aku menyampaikan pesanku kepada dia pasangan hatiku,Sampaikan padanya tentang semua yang saat ini ku rasa..

Assalamu'alaikum rusuk kiriku..???
Apa kabar calon makmum ku??? Wanita pilihan Allah untukku..
Siapa dan dimana engkau aku tidak pernah tahu.
Apakah kamu seorang wanita shaliha,atau seorang wanita yang sedang menyesali dosa-dosanya di masa lampau dan memulai perbaikan,ataukah seorang wanita yang enggan menutup auratnya dan gemar berikhtilat dengan lawan jenisnya??
Jika kau wanita shaliha.. Syukur pada Allah Ta'ala karena menghadiahkan bidadari dunia untuk mendampingi perjuanganku meraih ridha-Nya.

Namun jika kau adalah wanita yang dalam tahap perbaikan,aku pun bahagia sayang..karena dengan begitu aku pun akan mendapatkan Wanita shaliha pula, teruslah berjuang dalam perbaikan, jika tiba saatnya kita di pertemukan dan disatukan dalam ikatan suci, kita berdua akan berjuang bersama memperbaiki kesalahan yang telah lalu..

Namun jika kau adalah wanita yang masih enggan menutup aurat,enggan memperbaiki diri,dan gemar bercampur baur bebas tanpa batas dengan Lelaki, semoga engkau segera bertaubat ya ukhty... kasihanilah dirimu sendiri,engkau permata yang amat berharga jika kecantikanmu tetap kau jaga, jadikan taqwa sebagai pakaianmu dan malu sebagai perisainya.

Jika kau inginku imam yang baik mampukah kamu jadi makmum yang baik??
Ukhty.. tahukah apa yang aku takutkan jika engkau tak bisa menjadi makmum yang baik,bagaimana aku mempertanggung jawabkan kepemimpinanku kepada Allah??

Ukhty..Sebelum menikah engkau menjadi tanggung jawab orang tuamu.
Namun setelah menikah engkau akan menjadi tanggung jawabku sepenuhnya..
Maka dari itu ukhty, jangan mudah tergoda oleh serigala berbulu domba..
Jangan mudah tertipu bisikan nafsu yang kau sangka bisikan cinta..
Jika Aku adalah calon imammu.. Tidak mungkin aku merusakmu
Karena aku mencintaimu, aku tidak akan mempermainkanmu..
Karena aku mencintaimu, aku tidak akan mengucapkan janji-janji tak pasti..
Karena aku tahu engkau adalah untukku.. Maka, aku hanya akan datang dengan lamaran.. bukan mengajakmu pacaran.
Jangan salah memilih Imam ukhty..

"Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu,namun itulah pilihan-Nya,pilihan-Nya adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin kebaikan itu tidak pada wanta yang terpilih itu melainkan jalan yang kita pilih, atu mungkin kebaikan itu tertletak pada kesabaran dan keikhlasan kita menreima segala Ketentuan-Nya"

Di dedikasikan untuk calon bidadariku





sumber

Wednesday, February 15, 2012

‎"Ibu itu adalah pembohong"



Seorang ibu dalam hidupnya membuat kebohongan.

1. Saat makan, jika makanan kurang, ia akan memberikan makanan itu kepada anaknya dan berkata, "Cepatlah makan, ibu tak lapar."

2. Waktu makan, ia selalu mengasingkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata, "ibu tak suka daging, makanlah, nak.."

3. Tengah malam saat dia sedang menjaga anaknya yg sakit, Ia berkata,
"Istirahatlah nak, ibu massh belum ngantuk.."

4. Saat anak sudah tamat sekolah, bekerja, mengirimkan wang untuk ibu. Ia berkata, "Simpanlah untuk keperluanmu nak, ibu masih punya wang."

5. Saat anak sudah berjaya, menjemput ibunya untuk tinggal di rumah besar, ia lantas berkata, "Rumah tua kita sangat nyaman, ibu tidak terbiasa tinggal di sana."

Saat menjelang tua, ibu sakit kuat, anaknya akan menangis, tetapi ibu masih boleh tersenyum sambil berkata, "Jangan menangis, ibu tidak apa-apa." Ini adalah kebohongan terakhir yang dibuat ibu.

Tidak peduli seberapa kaya kita, seberapa dewasanya kita, ibu selalu menganggap kita anak kecilnya, mengkhuatirkan diri kita tapi tidak pernah membiarkan kita mengkhuatirkan dirinya.

Semoga semua anak di dunia ini bisa menghargai setiap kebohongan seorang ibu....kerana beliaulah malaikat nyata yg dikirim TUHAN untuk menjaga kita (Love U Mom)
Aku hanya ingin Ibuku tau aku cinta sama ibu. Berbahagialah orang-orang yang memiliki Ibu, dan bahagiakanlah Ibumu selagi sempat.

facebook Assalamualaikum

Tuesday, February 14, 2012

3 pendapat asal-usul Hari Valentine



Siaran Ulangan,,.. tiap-tiap tahun pun keluar benda ni tapi ada jugak yang tak paham or buat-buat tak paham .. so tak salah nak saling ingat mengingati sesama muslim kan .. maklumlah manusia mudah lupa ..


Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.


Kedua, pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.


Ketiga, Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.

Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di bawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa: “Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love.” Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.

Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut : At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date of 14 February. Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.

Manakala Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘Corpus St. Valentine Martyris’. Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja.

Dalam pada itu, nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, seumpama St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania, St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois, St. Valentine Church di Bethel Park, Pennsylvania, St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich dan St. Valentine Church di Buffalo, New York.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.

Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain.

Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.;
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.

Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.;
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”.

Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)/facebook


p/s : panjangkan .. mesti korang tak baca abis kan .. ha naik atas semula .. hehe ..

Friday, February 10, 2012

Gambar Ustaz Azhar Idrus Masa Muda



sama macam zizang je ..

Tak sangka erk ustaz ni dulu bukannya memang asal-asal dah macam alim je.. tapi penghijrahan yang beliau pilih dah menjadikan beliau seorang ulama tersohor di malaysia..mana taknya, setiap kuliah yang ustaz adakan, penuh sesak satu masjid.. itulah aura orang yang bernama Ustaz Azhar Idrus.

Pendekatan yang beliau gunakan iaitu mendekati golongan muda melalui aktiviti-aktiviti beliau dilaman-laman sosial seperti di faceboook dan ustazazhar.net banyak membantu golongan muda dalam memahami dan memantapkan pengetahuan terutamanya dalam hukum fiqh.

Lain-lain link yang berkaitan dengan Ustaz Azhar :
Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus
Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus ( Original )
JkkFanClub
Ustaz Azhar Idrus
youtube



Family Ustaz Ahar Idrus kini..

Siapa pun anda pada hari ini, tak menjamin siapa anda pada hari esok. Kalau dulu mungkin ustaz Azhar sendiri pun tak menyangka beliau akan jadi seperti siapa beliau pada hari ini, anda juga begitu. Jika sekarang anda berada jauh dari Islam, maka berjihrahlah dengan hati yang ikhlas. Islam is the way of our life. Jadikan islam cara hidup kita. Jangan bertangguh lagi.

Ana Raffali Manis Bertudung




Sebelum ini imejnya berbaju kurung tanpa tudung, kini Ana Rafali membuat keputusan berhijrah untuk memakai tudung juga dengan pengumumannya pada minggu lepas tentang perancangannya yang akan mengakhiri zaman bujangnya pada 25 Februari ini.


Mungkinkah dengan ini Ana akan menamatkan kerjaya seninya selepas ini..??





Semoga ramai lagi artis di Malaysia mengikuti jejak langkah artis-artis yang semakin hari semakin ramai memilih untuk bertudung. Sedikit sebanyak ia turut mempengaruhi anak-anak muda yang menjadikan artis sebagai idola mereka terbuka hati untuk menutup aurat. 


Adalah guna jugak artis ni kan .. 

Monday, February 6, 2012

Isu Ramly Burger



Penghujung tahun lepas agak kecoh isu ni di perkatakan. Agaknya aku sorang je yang siaran agak terlewat .. tapi memandangkan isu ni ada keluar lagi kat berita tadi,..  kira tak lewat sangat laa ye tak ..

korang rajin .. haa bacalah kat bawah ni surat penafian dari pengarah urusan ramli sendiri ..




penjelasan dah diberikan so..terpulanglah pada korang nak percaya ke tidak ..
tapi bagi aku, Ramli beger tetap menjadi kebanggaan aku kerana ada anak melayu yang berjaya membawa jenama sendiri ke satu tahap yang boleh di banggakan ..

p/s: ramai juga orang nama Ramli ni yang menjadi kebanggaan aku.. macam Ramli Sarif, Ramli MS, dan 'Ramli akan buat ayah bangga satu hari nanti' ..



Saturday, February 4, 2012

Ayat-ayat Cinta Durjana



SMS di bawah sengaja ditulis oleh seorang penulis lelaki. Cuba menceritakan dari sudut pandangan lelaki untuk kebaikan semua muslimah supaya tidak dirosakkan dengan mudah oleh kata-kata manis! Moga Allah pelihara anda semua daripada hal yang tidak dingini berlaku:

Salam…. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…


Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…


Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..


awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..


Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u… ..


Yang….. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni… .hihihi..8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi… yang… ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!


Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u…. ..


Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..


Hi syg,…. watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?… syg x caye kat abg eh.. huhu..


Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k.. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..


Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u... syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je… huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…


Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..


Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg…


Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding.


Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?


BERMULA ZINA YANG SEBENAR


huh!… syg mengndung? tahu kat ne… cube check balik dgn doktor… xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..


huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..


Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa…..gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!


xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..


sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..


Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung… kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la… bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg *****!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!


jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!…


(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

Fikir-fikirkan lah….استغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه


والله أعلم….



facebook 

Wednesday, February 1, 2012

Rabu Bisu .. KEMBAR ZIZAN




sama ke idok ..

Ustaz Don pakai kot


Ustaz bukan hanya kena pakai jubah dan serban je .. bersesuaian dengan tempat. Bila nak mengajar atau bagi ceramah, pakai serban .. bila kat luar, pakaian santai jelah .. ustaz pun nak bergaya jugak.

Tengok ni .. hensem tak ustaz Don .. 



Selalunya Ustaz Don Daniyal kerap memakai jubah dan berserban. Tapi kali ini penampilannya agak jauh berbeza.





Ustaz Don Daniyal kelihatan lebih kacak, segak dan bergaya dengan mengenakan pakaian sut kemeja bersama kot hitam di sebuah majlis. Wah siapa kata ustaz-ustaz tak boleh bergaya. Smart siot!




Posing ala-ala photo model lagi ..


Biodata Ustaz Don
Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah di Pulau Pinang dan Selangor
Status: Bujang (bertunang)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...