Pages

Friday, March 16, 2012

Seksaan Kubur Yang Engkau Cuba Lari Darinya.




(Khutbah jumaat Masjid Batu 10 Kuantan)

Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah berkata kepada beberapa orang rakannya di dalam satu majlis, “Wahai fulan, engkau melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir mengenai alam kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu keadaan sebenarnya dalam kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya.”


Ketika Khalifah Umar mengiringi jenazah sahabatnya lalu kubur memanggilnya dan bertanya, “Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukah aku ceritakan kepadamu apakah yang akan aku lakukan terhadap jenazah yang kau cintai ini? Ya jawab Umar.


Kubur itu menjawab: “Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya. Mahukah engkau tahu apa yang akan aku lakukan pada anggota badannya?”


Tentu jawab Umar. “Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, peha dari lututnya. Aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya.”


Khalifah Umar menangis dan berkata: “Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit.


Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Yang muda akan menjadi tua dan yang hidup akan mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku dan bagaimana keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang diturunkan oleh Tuhanku.”


Pada akhir zaman ini, semakin kurang atau amat sedikit daripada kalangan manusia yang bercakap soal kematian, alam Barzakh dan Mahsyar, kerana manusia sedang sibuk dengan pembangunan kerjaya, kemewahan dan kelazatan kehidupan dunia serta hiburan.


Akhirnya mereka terkejut besar apabila malaikat Izrail datang dan mencabut nyawanya,,..


1 comment:

biela bell said...

betul..umur dunia smkin pendek..spndek umur manusia zaman skrg..huhu

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...