Pages

Monday, April 16, 2012

‎"MAAFKAN CIKGU"



Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur .
Saya mengajar sesi petang.
Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah.

Kasut dan bajunya selalu kotor.
Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya,
tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.
Pada mulanya saya hanya memberi nasihat.
Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa.
Kali kedua saya memberi amaran,
dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.
Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.
Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan .
Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi.
Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya.
Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya.
Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah.
Keadaan rumahnya sangat daif.
Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah.
Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya.
Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya.
Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan.
Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.
Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain.
Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang.
Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya.
Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita-cerita begini sebenarnya boleh membantu melembutkan hati yang keras.
Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut;

1.Solat sunat
2.Puasa sunat
3.Berzikir
4.Bersedekah
5.Mengusap rambut anak yatim
6.Mendengar cerita2 kesusahan orang lain
7.Membantu orang susah

Thursday, April 12, 2012

azab tadmir dan azab tazkir


Perkongsian oleh Ustaz Wan Ali Akbar.

Pada pukul 4.30 petang tadi, berlakunya gempa bumi. Ekoran itu, ada amaran tsunami dikeluarkan. Peristiwa yang dasyat seperti ini bukan sekali berlaku, bahkan ia pernah berlaku banyak kali sebelum ini. Mungkin ini antara azab yang diturunkan oleh Allah swt untuk hamba-Nya.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauzi, terdapat 2 jenis azab diturunkan oleh Allah swt, iaitu; azab tadmir dan azab tazkir. Azab tadmir, diturunkan Allah swt untuk membinasakan. Seperti yang berlaku kepada umat-umat sebelum kedatangan Rasulullah saw, seperti persitiwa bah besar, ancaman dari tentera Allah berbentuk binatang seperti katak, belalang dll dan banyak lagi azab. Azab ini diturunkan, tiada lagi penyelesalan dan keinsafan diterima daripada mangsanya. Ia memang menghukum. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana tidak diturunkan azab ini kepada kita. Ribuan terima kasih kepada Rasulullah saw yang telah berdoa kepada Allah swt untuk tidak menurunkan azab seperti ini kepada kita.

Azab yang kedua, iaitu azab tazkir, diturunkan oleh Allah swt untuk memperingatkan manusia. Ini lah azab yang sentiasa menimpa kita, walau dalam apa jua skala; kecil, sederhana atau besar. Ia mungkin memberi peringatan kepada mangsa azab, mungkin juga kepada orang yang menyaksikan azab tersebut.

Biasanya, apabila azab sebegini tertimpa ke atas sesetengah bangsa atau tempat, manusia akan bercakap, apakah dosa yang mereka lakukan. Ya!! Dosa yang mereka lakukan itu, tidak kurang pentingnya untuk kita bicarakan supaya kita dapat menghindari dosa yang serupa. Namun, adalah lebih penting untuk kita sendiri menghisab diri kita, untuk meninggalkan segala bentuk perbuatan yang kita lakukan, yang dimaklumi melanggar syariat Allah swt. Takut-takut, kita juga akan ditimpa azab tazkir.

Moga kita semua terhindar daripada dosa kepada Allah, dan diberi syafaat oleh Rasulullah swt di akhirat, serta dapat melintasi titian sirat dengan kepantasan seperti kilat. Allah'alam.

Monday, April 9, 2012

Restu Ibu



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Anak-anakku, sedari kamu semua di dalam kandungan ummi,tidak lekang dari hati ummi mendoakan kesejahteraan kamu semua.

Sepanjang hidup ummi bertemankan doa. Tiap saat dan detik yang ummi lalui hanya berharap moga-moga Allah memperkenankan doa ummi. Ummi titip doa kepada kamu semua tak kira masa atau dimana kamu semua berada.

Sunday, April 1, 2012

DOA UNTUK YANG SEDANG MENUNGGU JODOH



رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri.” (Qs. Al Anbiya` [21] : 89)



رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
“Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Qs. Al-Furqan [25] : 74)



رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh.” (Qs. Asy-Syu`ara [26] : 83)



رَبَّنَا آَتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
“Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).” (Qs. Al-Kahfi [18] : 10)



اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً
“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau menghendaki pasti akan menjadi mudah.” (HR. Ibnu Sunni)


 facebook

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...