Pages

Thursday, August 30, 2012

..itulah yang semoleknya.



Perkongsian pengalaman dari krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography mengenai Majlis Perkahwinan Ustaz Don & Husna :

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

p/s: bagusnya kalau semua pengantin macam ni kan .. dahulukan dulu agama baru adat .. bukan mengikut adat melulu je .. kadang2 ada jugak yg tak tahu sesetengah adat tu bertentangan dengan agama .. tapi bila dah tau tu, ehh org tua pulak tak setuju .. macam ni pun susah jugak .. nak melawan kang, orang tua .. teringat pulak kat ceramah ustaz azhar .. tengok la sendiri kat sini ..

Saturday, August 25, 2012

nak cari buluhhh .. nak cari buluhhh ..


Assalamualalikum wbt,,..

hari ni tak keje .. bukan sebab hari ni hari sabtu, tapi sebab semalam dah keje sampai pukul 1 pagi .. pasai apa jangan tanya .. dah kehendak perkhidmatan .. 

so .. hari ni dimanfaakan dengan pencarian buluh lemang untuk memenuhi hasrat hati seorang kawan nak sangat belajar buat lemang ..

pagi tadi lepas je bangun tido dalam pukul 12 lebih pencarian bermula .. mula-mula prepare barang dulu .. cari la kot-kot ada parang ke gergaji ke dalam stor .. tapi hampa .. last-last cari kat kedai jugak ..nasib baik hardware bukak .. manalah tau diorang cuti raya lagi ke .. *cina pun ambik cuti raya ke.. haha.. lantaklah ..*

lepas semua dah siap, terus tuju ke sungai emas dimana pencarian bermula .. banyak rupanya buluh yang elok-elok kat sana .. tak sia-sia la walaupun jauh, janji dapat apa yang di hajati .. yang menariknya kali ni lemangnya tak guna daun pisang tapi guna daun lerek *ntah la betul ke dok nama dia* tapi ramai dah orang yang jual kat tepi jalan tu pun guna daun tu .. haa daun tu pun ada sekali kat sana .. memang senang ..

semua bahan-bahan basic dah ada .. esok tinggal nak bakar je .. tapi esok keje sebenarnya .. takpelah curi-curi masa *jangan tiru aksi ini* .. tengok la esok jadi ke dok .. hehehe ..

Thursday, August 23, 2012

cuti raya dah abis .. moh keje ..



Assalamualalikum wbt,,..

Selamat hari raya ..  raya ke-5 ..

Hari ni dah setat keje .. 

walaupun ramai lagi yg tengah bercuti raya lagi, keje tetap jalan macam biasa .. 

walaupun kelang kabut jugak jadinya sebab orang tak cukup, keje tetap jalan macam biasa ..

walaupun ada yg ambik mc last minit, keje tetap jalan macam biasa ..

walaupun ada org yang lupa time keje .. ingatkan keje shif petang rupanya kena keje shif pagi .. haha.. macam ni pun ada .. keje tetap jalan macam biasa .. *tapi kena tahan telingalah kena khutbah hari raya ke-5*

walaupun badan rasa berat semacam mungkin sebab lemang dengan ketupat belum habis hadam, keje tetap jalan macam biasa ..

walaupun hari ni kebulor tak makan sebab tokei kedai makan pun tak habis raya lagi .. keje tetap jalan macam biasa ..

minggu depan dah full strength .. so harap semuanya dapat berjalan macam biasa ..



Monday, August 13, 2012

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA



Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" 

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, " Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.

" Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.

" Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu, kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.

" Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa, maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Monday, August 6, 2012

SALAM NUZUL QURAN 1433H






Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku 17 Ramadhan tahun ke-41 keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. Nuzul bererti 'turun' dari atas ke bawah yakni menurut ulama' dari Lauh Mahfuz ke Langit Dunia.. al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Al-Quran itu sendiri bermaksud 'bacaan' sepertimana yg diterangkan dlm 5 ayat pertama surah Al-Alaq yg diturunkan kpd Rasulullah di dlm Gua Hira'..

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Maka jelas disini, Al-Quran di'nuzul'kan untuk mnjadi bacaan dan utk di'tadabbur' isinya oleh sekalian makhluk hingga hari Qiamat..

Bukan untuk dijadikan hiasan dinding,
Bukan untuk diletakkan di penjuru rumah sbg pendinding,
Bukan untuk diletak di dashboard kereta utk mengelak kemalangan,
Bukan untuk dihias cantik dan dijadikan hantaran perkahwinan,
Tetapi untuk dibaca dan diamalkan isinya..
Menangislah dan kasihankanlah dirimu andai kitab itu yg ada dirumahmu telah diliputi debu2..


Wallahua'lam..
Salam Ramadhan - Day 17th

sumber:facebook

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...