Pages

Thursday, August 30, 2012

..itulah yang semoleknya.



Perkongsian pengalaman dari krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography mengenai Majlis Perkahwinan Ustaz Don & Husna :

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

p/s: bagusnya kalau semua pengantin macam ni kan .. dahulukan dulu agama baru adat .. bukan mengikut adat melulu je .. kadang2 ada jugak yg tak tahu sesetengah adat tu bertentangan dengan agama .. tapi bila dah tau tu, ehh org tua pulak tak setuju .. macam ni pun susah jugak .. nak melawan kang, orang tua .. teringat pulak kat ceramah ustaz azhar .. tengok la sendiri kat sini ..

1 comment:

LydSunshine said...

Lebih kurang jugak macam wedding saya. Cuma hantaran saya takde la semua makanan. Ada juga brg keperluan yg mmg nak guna, so alang2 letak le atas dulang. Dan saya tak pakai inai lukis2 pun. Cuma pakai kat jari je. Sanding takde. Gendang kompang tarian2 nyanyian semua mmg takde la. Heheh. Lepas akad nikah terus kenduri dan layan tetamu je.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...