Pages

Wednesday, January 18, 2012

Siapa SITI di mata Rasulullah



gambar hiasan


1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya.
Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.
Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang kala berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah berkata, aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.
Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah.
Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah.
Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air untnk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yang pandai menjaga kehormatan diri
dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t
utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya
dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya
daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah.
Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8.) Siti Muti’ah
- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk
dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi
kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...