Pages

Sunday, September 9, 2012

RM 100 vs RM1


Korang semua pun tahu, wang RM 100 & RM1 sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Selepas dicetak, kedua-duanya kelihatan amat cantik, keras dan berbau wangi. Akhirnya mereka di bawa keluar dan berpisah juga dari Bank untuk diedarkan kepada masyarakat.

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian terjadilah perbualan di antara kedua-dua duit tersebut..


RM100 bertanya kepada RM1,

"Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?"

RM1 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang-orang bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis".

Lalu RM1 Bertanya balik kpd RM100,

"Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di Pavillion & juga hotel-hotel berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet. Heh!"

Lalu RM1 bertanya lagi,

"Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?"

Dijawablah, "Hurm, tidak pernah. Kenapa?"

RM1 pun berkata lagi,

"Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu singgah di rumah ALLAH dan ditangan anak-anak yatim, bahkan aku selalu bersyukur kepada ALLAH.

Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya, menangislah RM100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai untuk memuliakan ALLAH.

Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan! Renungkan dan fikir-fikirkanlah.

- Artikel asal oleh Ustaz Nasir. Diolah semula olehOh! Islam.

1 comment:

LydSunshine said...

Itu menunjukkan bahawa kalo nak bersedekah org akan bagi duit kecik.

Duit kita ini hanyalah kertas biasa yang nilainya sama ada murah atau mahal berdasarkan cetakan semata-mata. Pernah di Indonesia, bila ditanya sorang kiyai, bolehkah zakat dibayar dgn duit kertas? Maka beliau menjawab, boleh tetapi perlu dicukupkan berat timbangan wang kertas itu mengikut harga kertas, maksudnya seperti kertas tandas. Kalo zakat yang perlu dibayar RM7, maka perlu timbang berat kertas supaya harganya menjadi RM7.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...